Mar 24, 2013

Betapa agungnya ciptaan ALLAH....

kejahatan iblis dalam diri ...







Kata-kata Hikmah untuk Panduan Hidup kita



Seandainya kita tidak dapat menjadi garam yang dapat menahan daging daripada busuk, janganlah kita menjadi langau yang membusukkan daging

Kemuncak segala dosa ialah bohong. Dua perkara yang sentiasa mengiringi bohong ialah banyak berjanji dan banyak memberi alasan

Jangan malu memberikan sedikit, kerana pemberian sedemikian lebih baik daripada tidak memberi sama sekali

Kegagalan pertama, tidak ianya terus gagal: tetapi ianya kan membangkitkan cita cita yang bersemangat lagi teguh bagi sesiapa yang pernah mengalaminya

Orang sibuk sebenarnya tidak cekap, orang yang cekap tidak sibuk

Orang yang sibuk selalunya nampak bising, orang bekerja diam diam sahaja

Dalam masa yang aman, kita harus juga memikirkan bahaya di masa akan datang

Tiada bantal yang lebih lembut melainkan ribaan ibu sendiri

Cinta ialah penyakit dan perkahwinan ialah sihat. Sakit dan sihat tidak pernah bertemu

Airmata penyesalan yang mengalir umpama sungai yang mengalir mencuci kekotoran hati

1000 mancis tidak menerangi kau di dalam kegelapan buat selama lamanya tetapi cahaya keimanan dapat membawa kau ke jalan kesenangan

Adalah lebih baik memiliki wajah yang hodoh dari lidah yang hodoh kerana wajah yang hodoh tidak mungkin boleh menyakiti hati orang lain tetapi lidah yang hodoh boleh mengeluarkan kata kata yang melukakan

Wangi di badan boleh dimandikan, apabila mandi hilanglah ia. Tetapi…wangi di mulut dan wangi di hati itulah yang paling mulia

Janganlah bersumpah baik demi langit, mahupun demi bumi atau demi apa pun juga. Katakan sahaja ‘ya’ atau ‘tidak’ supaya kita tidak berbuat dosa atau terhukum kerana sumpah itu

Belajarlah bersyukur ketika mendapat keuntungan dan belajarlah tersenyum ketika menghadapi kerugian

Manusia boleh hidup dengan belanja yang kecil, tetapi yang menggangu perasaanya dia takut dikatakan orang bahawa dia hanya hidup dengan belanja yang kecil

Yang penting bagi anda bukannya menarik minat seluruh wanita jelita tetapi menakluk salah seorangnya sahaja

Orang yang tahu mengambil tetapi tidak tahu memberi tidak akan mengecap bahagia


Menerima pasangan hidup secara terburu buru tanpa usul periksa latar belakangnya akan merugikan kerana cendawan yang tumbuh melata jika terus dimakan dikhuatiri beracun

Terburu-buru Dengan perasaan sering dianggap tiket menempah kehancuran. Tetapi tenang, yakin dengan semangat dan usaha biasanya berakhir dengan kejayan serta dapat membentuk keperimanusiaan

Kemanisan bicara seorang wanita dapat mengegarkan sebuah istana, menyejukkan jiwa yang kehangatan juga menghancurkan dirinya sendiri. Oleh itu tempatkanlah ia di sudut yang damai agar kebahagian bias berpanjangan

Racun itu mudah diketahui orang tetapi ramai yang tertipu dengan kata kata kerana ia dibungkus dengan gula gula yang lebih manis dari racun

Seseorang manusia itu akan disanjung kiranya dirinya dibekali dengan akhlak yang mulia disulami dengan bunga bunga keimanan dan dihiasi dengan cahaya ketaatan kepada Tuhan

Hidup tanpa pengorbanan adalah suatu kepalsuan dan percintaan tanpa pengorbanan tanpa kasih saying adalah suati pengkhianatan. Dari itu abadikanlah kasih sayang dalam mencari erti kebahagian

Apalah gunanya ilmu jika tidak diamalkan dan apalah gunanya hidup jika tidak berlandaskan sunnah dan Al Quran

Menilai diri sendiri adalah lebih susah dari menilai 1000 orang lain

Tiada janji yang lebih tepat kecuali janji matahari yang akan terbit pagi besoknya

Kecantikan ibarat pepohon yang merimbun. Akan hilanglah serinya apabila dedaun berguguran

Akar ilmu itu memangnya pahit tetapi buahnya adalah lazat

Perumpamaan budi pekerti yang jelek seperti tembikar yang telah pecah, tiada bisa diperbaiki dan tidak bisa kembali menjadi tanah liat

Melakukan kesilapan itu manusia dan memaafkan kesilapan itu ialah kemanusiaan

Hidup ini bagaikan sebuah titisan yang perlu dilalui oleh setiap insan di dunia ini. Oleh itu merentaslah di titian yang teguh yang dibina dari kayu kayu keimanan yang kukuh

Manusia yang paling kerap mencipta bahaya dan kesusahan ialah yang mempunyai lidah terlepas dari hati tertutup

Hati si siteri aku tertutup dari lelaki lain seandainya ia setia dan jujur pada suaminya. Oleh itu jagalah hati, perasaan dan kemahuannya dengan secukupnya

Di sebalik nikmat ada bala di sebalik bala ada nikmat. Oleh itu bila ditimpa bala usaha resah kerana sebaliknya mengandungi suatu nikmat dan jika dilanda nikmat usaha lupa dan leka kerana dari sinilah berpunca bala.

Ilmu pengetahuan seumpama perigi di padang pasir dan bintang di malam yang gelap dari itu kejarilah ilmu seberapa daya yang dapat

Keikhlasan seumpama seekor semut hitam dia atas batu hitam di malam yang amat kelam, ianya wujud tapi amat sukar dilihat. Jangan tertipu dengan terangnya bulan kerana di sebalik terang itu banyak kegelapannya

Kecantikan hati, tutur kata dan budi adalah kecantikan manusia yang paling indah yang paling sukar dihampiri selagi dunia fana ini masih terbit pergolakan untuk menakluki bumi Allah

Guru mengajar apa yang baik tapi tidak semestinya guru itu sendiri baik. Penjenayah itu jahat tapi bukan semestinya setiap detik hatinya penuh dengan kejahatan dan bukan setiap yang alim itu penuh taqwa kerana yang benar benar bertaqwa sahaja yang mengerti baik dan jahat

Hargailah diri, diri itu bukan ringgit nilainya

Senyum di dalam kesedihan memberi 1000 persoalan untuk ditafsirkan…tapi senyum dalam kegembiraan memberi 1000 jawapan kepada persoalan

Tiada anak yang tidak sah yang ada ialah orang tua yang tidak sah



Biarlah bodoh bila diajar tapi jangan bodoh tanpa pelajaran

Jadikanlah diri kamu umpama seketul ubi rebus yang bertutup rapat daripada menjadi sepotong kek berkrim yang dihurungi lalat

Mengaku pandai di depan orang yang bodoh sama seperti berpidato di depan orang tuli

Rindu adalah suatu derita yang maat bahagia adalah kerana kerinduak itu sebahagian dari nafas cinta tanpa kerinduan dan akan menjadi matang dan berpanjangan

Manusia yang paling bahagia di dunia ini adalah orang yang punya cinta sejati ada keyakinan diri, budi dan kesopanan malah yang paling utama ialah orang yang tidak mempunyai hutang

Sekiranya kamu mempunyai masalah, carilah dahulu jalan penyelesaian. Sekiranya tidak berjaya barulah kamu menyuarakan kepada orang yang berhak menyelesaikannya

Kesunyian adalah suatu keresahan dan keresahan adalah suatu penyeksaan yang tidak berkesudahan

Apabila seseorang itu berusaha mencari kebahagian setelah mengalami kegagalan ia perlu beringat, kekecewaan baginya belum berakhir dan kegembiraan pula belum berputik

Semalam adalah suatu kenangan hari ini adalah suatu kenyataan manakala esok adalah suatu penantian. Kenangan semalam hemdaklah kita simpan buat pedoman di hari depan dan kenyataan hari ini hendaklah kita tempuhi dengan tabah tetapi kita juga harus bersedia untuk menanti hari esok yang merupakan suatu penyeksaan

Berfikirlah sebelum berkata kata, jangan berfikir sesudah berkata kata sebab sebelum perkataan keluar kita punya, apabila sudah keluar orang punya. Dari kata kata kita dapat mendapat banyak kawan  dan lawan

Sesungguhnya terselit pengertian cinta yang berbunyi. Cinta pada bunga ia akan layu, cinta pada kumbang ia akan mati dan cinta pada Tuhan akan tetap kekal



Setitik airmata ibu yang tumpah dari perbuatan mu samalah pedihnya seperti sebutir peluru yang menembusi dadamu

Seorang ibu sanggup memelihara 10 orang anak, tetapi 10 orang anak belum tertentu dapat memelihara seorang ibu
Setiap mata yang tertutup, belum bererti ia tidur setiap mata terbuku, belum bererti ia melihat

Kejayaan adalah suatu pejalanan bukannya suatu destinasi

Hati yang gembira boleh diwajahkan dengan wajah yang gembira tetapi wajah yang gembira tidak semestinya mempunyai hati yang gembira

Bulan menerangi malam, ilmu menerangi hidup

Jangan kenangi kesedihan lalu sebaliknya ingatlah kegembiraan mendatang. Belajarlah bersungguh sungguh agar kegembiraan yang kita nantikan berhasil

Sesungguhnya dunia itu mengkhayalkan

Menangisi perpisahan akibat gagal bercinta adalah satu pembaziran mutiara jernih kita dan juga menguji sejauh mana kebodohan kita tetapi dengan menangisi dan menyesali akan dosa kita lantas meminta pengampunan dariNya akan lebih menjamin dunia dan akhirat

Hiduplah seperti pohon kayu yang lebat buahnya dibaling dengan batu lalu dibalas dnegan buah

Setumpul tumpul belakang parang, kalau di asah pasti tajam oleh itu jangan disangka sebodoh bodoh manusia tetap akan bodoh tanpa diberi pelajaran

Teman yang banyak boleh diibaratkan seperti pasir pasir di pantai tetapi teman yang satu adalah mutiara di antara pasir pasir itu

Sesuatu yang dilakukan tanpa paksaan merupakan paksaan merupakan sebuah kemenangan dan sebuah memori indah untuk disingkap kembali

Manusia yang memiliki mata kepalsuan yang Cuma melihat pada keindahan dan kecantikan adalah tergolong dalam golongan kaum yang rendah martabatnya yang mana mereka akan dibebani dosa

Bukan dikatakan cinta apabila yang menjadi matlamatnya semata-mata adalah untuk memiliki dengan sepenuhnya. Tetapi cinta itu ialah perkongsian di dalam kecenderungan dan kegemaran dan perasaan bahawa diri orang yang anda cintai itu tidak kurang pentingnya dari anda

Membiarkan dirimu dibuai perasaan samalah seperti membenarkan diri dibuai oleh syaitan kerana ia suka kepada orang yang berkhayal. Menyedari kesalahan sendiri adalah lebih baik dari baik daripada menegur kesalahan yang dilakukan oleh orang lain

Pandanglah kecantikan hanya suatu keindahan yang bukan untuk diagungkan agung kan. Begitu juga janganlah memandang keburukan suatu kehodohan atau kecelaan. Bersyukurlah atas apa yang dikurniakan kepada kita. Kerana kedua duanya adalah anugerah Tuhan

Nafsu mengatakan perempuan cantik atas dasar rupanya, Akal mengatakan perempuan cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya, Hati mengatakan perempuan cantik atas dasar akhlaknya

Bertolak ansur adalah satu satu resipi dalam membenihkan keharmonian rumah tangga. Oleh itu, jadikan sifat bertolak ansur itu panduan ke arah kebahagian dalam meniti hidup suami isteri agar dapat mengecapi apa yang dihajati dalam kerukunan perkahwinan
Seseorang yang berperibadi tinggi umpama besi waja semakin dibakar oleh keadaan semakin dititik oleh cabaran hidup semakin teguh dan waja untuk menhadapi hidup. Seseorang yang berperibadi lemah laksana tanah apabila diketuk oleh cabaran hidup ia akan berkecai
Ajaran seorang ayah dan ibu seperti karangan bunga yang indah bagi kepalamu dan suatu kalungan bagi lehermu

Sesungguhnya hati orang yang bodoh itu ada di mulutnya tetapi hati orang yang bijaksana ada di hatinya

Setitik air boleh membelah batu bukan kerana derasnya tetapi dengan seringya ia menitik

Paip yang kosong menghembuskan angin tetapi jika kepala yang kosong akan menghasilkan kegelapan

Semakin jauh kita cuba lari dari menyelesaikan masalah, semakin dekat ianya datang menghampiri kita…

Tingkahlaku adalah umpama cermin dalam mana setiap orang mempamerkan imejna

Anyamlah buih buih di laut demi membuktikan cinta yang suci tanpa menodai keaslian pantai itu

Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman

Jangan berbangga denga pujian teman kerana sebalik pujian terdapat satu kejian

Perkataan yang lemah lembut itu melembutkan hati yang lebih keras dari batu batu dan perkataan yang kasar akan mengasarkan hati yang lebih halus dari sutera



Keagungan peribadi anda terletak pada kesedian anda untuk memberi bila beruntung, untuk memimpin bila berilmu dan untuk membela bila kuat

Cintaku kepada Tuhan kerana aku adalah ciptaan-Nya. Cintaku terhadap seseorang itu adalah kerana perasaan yang dicipta-Nya


Hindarilah diri dari menjadi manusia yang suka berpuak puak dan berpecah pecah. Contohilah resam semut bila bertemu seakan bersalam dan suka bekerja sama di antara satu sama lain.

Ibarat sekuntum mawar merah dipupuk embun pagi lalu disinari suria indah bak pelangi, begitulah jiwa murni seseorang manusia

Terbitnya kebaikan dari keburukan dan terbitnya amalan dari pengetahuan

Orang yang suka mengkhianati teman sendiri adalah ibarat binatang yang suka memakan bangkai.

Bertambah busuk bangkai bertambah pula seleranya

Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan adalah dari hasil sebuah kemesraan

Air susu ibu bagaikan aliran sungai di dalam Syurga yang membesarkan kita sehingga mengenal erti kehidupan. Oleh itu agungilah jasa ibu

Lebihkan manis dalam senyuman, kurangkan manis dalam minuman

Bercintalah dnegan pelajaran, bertunanglah dengan mengulangkaji, berkahwinlah dengan peperiksaan dan berbulan madulah dngan kejayaan

Sehaluan tetapi tidak sejalan lebih baik dari sejalan tetapi tidak sehaluan

Kemarau yang melanda di hati lebih dahsyat daripada kemarau yang menimpa di musim panas

Tiada gunanya 1000 janji janji manis yang dilafazkan sekiranya kau selitkan sekali kata-kata dusta yang kau akhiri dengan kemaafan

Kewajipan merupakan satu kuasa yang bangun bersama kita disebelah pagi dan berehat bersama sama kita di sebelah malam. Ia ibarat bayang bayang yang mengikut ke mana sahaja kita pergi

Sekeras keras batu dapat dihancurkan oleh titis air yang lembut. Begitu jua sekeras keras hati dapat ditundukkan oleh jirusan kata-kata lembut

Insan yang sempurna rohani dan jasmani adalah umpama tahi lalat di tengah- tengah pipi masyarakat

Lidah ibarat peti emas tersilap cakap akan buruk padahnya

Seandainya hidup ini punca perpisahan… biaralah kematian menyambungnya semula, tapi seandainya kematian punca perpisahan… biarlah hidup memberi erti......

Mar 23, 2013

IMAN DAN TAQWA PENCETUS MINDA



Di dalam perjuangan menegakkan kalimah Allah SWT di muka bumi ini, para pejuang, pendakwah, penceramah dan penggerak Harakah perjuangan memerlukan senjata yang hebat sebagai bekalan atau perisai di dalam berhadapan dengan pihak musuh yang sentiasa menunggu dan berada dimana-mana.Musuh-musuh ini bukan sahaja dari kalangan Iblis dan Syaitan tetapi juga dari nafsu dan kalangan manusia.Apakah senjata tersebut? Dengan senjata tersebut umat Islam mampu mengalahkan orang-orang kafir atau munafik, Komunis, Amerika Syarikat, Yahudi, Russia, Israil serta musuh batin iaitu nafsu dan Syaitan. Senjata ini hanya dimiliki oleh umat Islam dan orang-orang kafir tidak memilikinya iaitu senjata iman dan taqwa kepada Allah SWT.

Selain senjata iman dan taqwa, dengan kekuatan apapun sama ada kekuatan di dalam politik, ekonomi, ilmu pengetahuan, ketenteran, sains dan senjata yang canggih, umat Islam tidak akan mampu untuk mempertahankan diri melawan musuh-musuh yang bertebaran dimuka bumi ini yang jauh lebih gagah daripada kita. Oleh itu untuk menang di dalam perjuangan ini, umat Islam seluruhnya bukan hanya yang bergerak secara langsung di dalam perjuangan wajib untuk bertaqwa setelah beriman kepada agama Allah SWT. Andainya kita tidak bertaqwa kita berjuang seribu tahun pun Allah SWT tidak akan memberikan kemenangan dan bantuan kerana kita berjuang tidak menepati syarat yang ditetapkan oleh Allah SWT seperti mana apa yang pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat 1400 dahulu.


Kekuatan iman dan taqwa
Kekuatan dan kehebatan iman dan taqwa sebagai satu senjata terhebat telah dibuktikan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat.Rasulullah SAW dan para sahabat hanya mengambil masa selama 23 tahun berjuang mereka berjaya menyebarkan Islam diseluruh jazirah tanah Arab.Kalau dilihat dari awal kalau hanya mengharapkan senjata dalam menegakkan Islam boleh dikatakan kekuatan Islam pada awalnya tidak mampu untuk melawan kekuatan Kaum Musyrikin Mekkah yang lebih ramai dan mempunyai kelengkapan senjata yang lebih baik dan canggih.Dalam perang Badar misalnya tentera Islam hanya berjumlah 313 orang dan bukan semuanya mempunyai senjata. Ada yang menggunakkan pelapah tamar untuk mempertahankan diri.Sedangkan tentera musuh berjumlah seribu orang dengan kelengkapan senjata. Tetapi dengan doa Rasulullah SAW kepada Allah SWT dan ketaqwaan para sahabat kemenangan berpihak kepada Islam.
Kemudian perjuangan tersebut disambung oleh para sahabat, Kerajaan Umayyah, Abbasiyah dan pada zaman kerajaan Turki Utmaniyyah 2/3 dunia berada di dalam genggaman Islam.Islam tersebar diseluruh dunia, di Eropah, China, Asia Tenggara.Semuanya kerana asbab taqwa kepada Allah SWT.Akan tetapi apabila umat Islam terutama para pemerintah jauh daripada sifat taqwa kita melihat bagaiman pada tahun 1924, Khalifah Islam yang berpusat di Turki telah jatuh ditangan musuh yang didalangi oleh Yahudi dan Nasrani.Dengan kejatuhan tersebut bermulalah zaman gelap negara dan umat Islam.
Kejatuhan tersebut telah meletakkan umat Islam ditempat yang begitu hina sekali, negara umat Islam dibahagi-bahagi oleh kuasa barat.Sehingga kemuncak kepada kekalahan tersebut bumi Palestin berada ditangan Yahudi dan mereka berjaya membentuk sebuah negara Israil yang ada sekarang ini.
Apa itu taqwa?
Apakah itu taqwa?Taqwa ialah perasaan hati yang sangat takut kepada Allah SWT sekiranya kita melakukan dosa dan kesalahan.Maka mereka yang telah melakukan dosa lantas bertaubat kepada Allah SWT, bersungguh-sungguh dan berazam untuk tidak melakukan lagi perbuatan tersebut.Sifat taqwa tersebut adakah ada dalam diri setiap umat Islam dan para pejuang Islam. Sekiranya ada, Allah SWT pasti telah lama memberikan kemenangan terhadap umat Islam, akan tetapi oleh kerana sifat tersebut tidak pernah diambil berat oleh setiap diri umat Islam kita melihat bagaimana pada hari ini umat Islam terus terhina dan dihina oleh orang-orang kafir.
Untuk melihat kehinaan yang berlaku terhadap umat Islam, kita tidak perlu melihat ke negara lain akan tetapi lihatlah keadaan Islam dan umat di negara kita Malaysia. Saban waktu Islam dihina yang menghina bukan setakat orang bukan Islam akan tetapi mereka yang mengaku beragama Islam turut menghina, umat Islam dimurtadkan, gejala sosial menyerang remaja Islam, kes rogol, buang anak dan sebagainya. Semua ini berlaku kerana hilangnya rasa taqwa (takut) di dalam diri terhadap Allah SWT.
“Jika penduduk suatu kampung itu bertaqwa, Allah akan bukakan untuk mereka barakah dari langit dan bumi”. [Al-A'araf: 96]
“Allah pembela orang-orang   yang bertaqwa”. [Jasiyah: 19]
Daripada ayat tersebut, Allah SWT pasti akan memberikan bantuan dan pembelaan terhadap umat Islam dengan syarat mestilah bertaqwa kepadanya. Akan tetapi apa yang kita lihat pada hari ini ialah sebaliknya. Semakin umat Islam berjuang semakin banyak kekalahan yang dihadapi. Kita melihat bagaimana bumi Palestin masih dikuasai oleh Yahudi walaupun umat Islam telah lama berjuang, berdemo, berseminar akan tetapi bangsa Yahudi yang sedikit bilangannya terus gagah membunuh umat Islam diseluruh dunia yang berjumlah hampir satu bilion.


Sebenarnya kegagalan dan kekalahan yang dihadapi oleh umat Islam sebenarnya satu isyarat jelas daripada Allah SWT bahawa kita tidak akan dibantu, Allah SWT biarkan kita, Allah SWT hinakan kita kerana umat Islam tidak mahu bertaqwa, banyak melakukan dosa, tidak mahu bertaubat dan tidak mahu belajar daripada kesilapan yang pernah kita lakukan. Dosa-dosa inilah yang menjadikan kita tewas ditangan musuh. Sedangkan orang yang beriman dan bertaqwa, ujian yang datang merupakan baja yang menyuburkan perjuangan mereka.Kenapa Allah SWT membiarkan umat Islam, tidak memberikan bantuan dan kemengan? Jawapan kepada persoalan ini wajib dijawab oleh seluruh umat Islam sebagai satu proses memperbaiki diri agar selepas ini Allah SWT membantu kita.
Maknanya disini ialah, kekalahan dan kegagalan umat Islam pada hari ini adalah kerana dosa-dosa yang kita lakukan. Maksudnya kesalahan itu terletak di dalam diri umat Islam dan bukannya kepada orang lain. Selagi kesilapan tersebut tidak dibaiki, umat Islam tidak bertaubat, lakukan apa juga kita tidak akan menang walaupun kita berdemo setiap hari, berseminar setiap hari dan apa juga yang kita lakukan tanpa redha Allah SWT semuanya adalah sia-sia.
Salah Faham terhadap maksud Taqwa
Terkadang umat Islam salah di dalam memahami erti taqwa kepada Allah SWT.Ramai yang berpendapat bahawa mereka yang mahu bertaqwa mesti otaknya beku, hanya duduk di dalam Masjid, hanya tahu berzikir, tidak mahu berkerja, anti pembangunan, anti kemajuan, berpakaian lesu dan busuk sedangkan pengertian yang sebenar bukan seperti itu. Generasi taqwa ialah seperti para sahabat dan salafussoleh yang digambarkan sebagai:
"Menjadi pendita (abid) di malam hari, menjadi singa (pejuang) di siang hari".
Pengertian disini ialah mereka yang berjuang dijalan Allah SWT tidaklah jumud, tidak anti pembangunan dan sebagainya.Mereka yang bertaqwa mestilah lebih pandai daripada mereka yang tidak bertaqwa.Mereka yang bertaqwa lebih pakar di dalam persoalan akhirat dan dunia.Seperti mana hadis Rasulullah SAW yang maksudnya lebih kurang:
"Berkerjalah kamu seperti kamu akan hidup seribu tahun lagi dan beribadatlah kamu seakan-akan esok hari kamu akan meninggal dunia".
Setiap pejuang Islam harus mengingti bahawa dunia ini adalah sementara dan jangan terlalai kerananya. Diantara sebab hilangnya sifat taqwa dalam diri umat Islam kerana kita tewas dengan godaan dunia yang penuh tipu daya tersebut. Allah SWT telah memberikan peringatan tentang hal ini     di dalam al-Quran:     

"Kehidupan dunia tiada lain hanya kesenangan yang menipu daya."[Ali-Imran: 185]


Berjuang biar ikhlas
Akan tetapi terkadang mereka yang berjuang terus terpesona dengan habuan dunia yang sedikit.Setelah menang dalam pilihanraya, kita mula berebut kuasa, masing-masing inginkan jawatan, pangkat, gaji yang besar sehingga kita sanggup memfitnah, mengaibkan sahabat-sahabat seperjuangan dulu yang cukup akrab hanya kerana kepentingan diri.Nampak daripada sini kita tidak ikhlas di dalam berjuang kerana kita mengharapkan ganjaran dunia dan bukan redha Allah SWT. Memang tidak salah untuk memegang jawatan akan tetapi biarlah atas dasar iman dan taqwa kepada Allah SWT. Mengajar pangkat dan kuasa dengan cara yang kotor bukan ajaran Islam tetapi yang lebih teruk sikap demikian akan mengundang dan menyuburkan sifat kejahatan dalam diri setiap manusia walaupun dia seorang pejuang.   
     
"Wahai orang beriman, hendaklah kamu takutlan Allah dengan sebenar-benar takut dan janganlah kamu mati  melainkan dalam keadaan Islam".[Ali-Imran:102]
Demikianlah syarat taqwa itu begitu penting dalam menegakkan hukum Allah SWT.Sebab itulah sebelum berperang Rasullah SAW sering memberikan peringatan supaya tentera Islam yakin kepada Allah SWT dan jangan melakukan maksiat.Oleh itu, andainya kita mahu berjuang di jalan Allah SWT kita mestilah wajib menerima syarat tersebut. Akan tetapi sekiranya kita yang mengaku beriman dan berjuang di jalan Allah SWT akan tetapi sifat kita sama seperti orang yang melakukan maksiat, bukan setakat kita tidak akan dibantu oleh Allah SWT yang lebih teruk kita akan lebih hina daripada pihak musuh yang telah hina.
Semoga dengan tulisan ini, saya sendiri dan umat Islam dapat merenung semula apakah sumbangan kita kepada Islam selama ini.Selamat berjuang di jalan Allah SWT.

Mar 22, 2013


Penguat Semangat Untuk Bekerja

                                          Lalalala..Hari-hari kerja! Bosan dengan kerja...
 Ramai di antara kita merasakan terpaksa untuk bekerja...pergi bekerja sebab inginkan imbuhan je..atas faktor itu pekerjaan yang dilakukan 
 tidak memberi nikmat kepada kita...
kita seharusnya bersyukur dengan apa yang kita buat dan seharusnya kita gembira.....
.....................................................................................................................................................................

Memang mengena lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan Meet Uncle Hussein ini. Kadang-kala kita berasa penat dan bosan dengan pekerjaan yang sedang kita lakukan.
Mahu saja rasanya letak jawatan dan duduk di rumah 'goyang kaki'. Namun, apabila terbayangkan wang ringgit yang amat diperlukan dalam kehidupan, pantas saja digerakkan kaki yang terasa malas dan berat, melangkah ke tempat kerja. Mulut pula mula mengomel, "kalau tak kerja, macam mana la nak hidup..".  Inikah makna sebenar kerja pada kita?
Sejak dari kecil lagi, kita diajar membina impian kerjaya oleh ibu dan ayah. Malah, di sekolah juga para guru selalu meniupkan semangat kepada kita agar menjadi seorang yang mempunyai cita-cita. Pertanyaan yang wajib kita dengar saat semakin membesar, "dah besar nanti anak mama nak jadi apa?".
Lalu, dari situ kita mula mencipta imaginasi tentang hebatnya untuk menjadi seperti apa apabila dewasa nanti. Tanpa diketahui maksud sebenarnya, lantang saja kita menjawab, "nak jadi cikgu!". Kini, tak disangka-sangka cita-cita itu tidak kesampaian walau kita telah melepasi puncak menara gading. Apakan daya, ini rezeki yang Allah tentukan.

Niat Kerana Allah Pencetus Semangat
Tidak berjaya menjadi seperti apa yang kita impikan sememangnya amat mengecewakan. Namun, mestilah diingat bahawa di mana jua kita diletakkan, di situlah rezeki kita dan tempat kita berusaha. Justeru, walau pekerjaan itu bukanlah bertepatan dengan minat kita sendiri, kita seharusnya mempunyai azam untuk bekerja dengan ikhlas, jujur dan memegang amanah tersebut dengan niat kerana Allah. Bukan sekadar bekerja kerana gaji atau lebih tepat lagi seperti yang selalu disebut, "nak hidup punya pasal..".
Setiap apa yang kita lakukan semuanya bermula dengan niat. Niat itulah yang menjadi titik mula bagaimana kita akan memikul tugas yang digalas. Niat bekerja kerana Allah akan memandu setiap perbuatan kita dalam menghasilkan mutu kerja yang cemerlang dan berkualiti. Seperti mana kita menyebut berulang kali Surah al-An'am ayat 162 di dalam solat,
"Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku untuk Allah, Tuhan sekalian Alam".
Kalimah yang kita ucapkan pada Allah dengan bersungguh-sungguh itu perlulah kita ingati ketika menjalankan pekerjaan duniawi. Kerja harus dianggap sebagai ibadah yang dimulakan dengan niat yang baik berserta istiqamah. Sabda Rasul SAW,
"Bahawa Allah mencintai seseorang yang apabila ia mengerjakan sesuatu kerja, ia laksanakan dengan cemerlang." (Hadis riwayat Abu Ya'la)
Dari kita merungut kemalasan dan mengenang nasib di pagi hari saat bangun tidur, adalah lebih baik jika kita berniat untuk bangun bekerja kerana Allah. Sudah pasti badan terasa lebih kuat, minda terasa lapang dan hati terisi dengan semangat yang positif. Simptom seperti makan 'gaji buta' dan 'curi tulang' pasti dapat dielakkan. Ada yang berkata, masalah di tempat kerja yang membuatkan semangat untuk menjalankan tugas terasa lemah dan minat yang sememangnya ada seakan hilang.

Dugaan Semasa Bekerja
Kadang-kala timbul masalah tidak 'sekepala' dengan rakan-rakan sekerja. Majikan pula selalu merungut ada saja perkara yang tidak kena. Inilah ujian dan dugaan di alam pekerjaan. Tidak mungkin kita boleh 'ngam' dengan semua orang disekeliling kita.
Apa yang membuatkan kita mampu bertahan dan terus bekerja dengan gembira adalah dengan menjadi seorang yang bijak mengawal keadaan. Berfikiran positif dan selalu memperbaiki diri adalah faktor utama menangani situasi ini. Jangan dek sedikit saja onak duri yang mendatang, mulalah merangka surat perletakkan jawatan!
Perkara yang paling menguji diri kita sebagai seorang pekerja juga adalah elemen kejujuran. Sukar untuk menjadi jujur walau tidak 'mengulat' selama satu minit sahaja.
Menyalahgunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh syarikat untuk kepentingan sendiri. Kita anggapkan tiada siapa yang tahu dan melihat, jadi tidak apalah.
Kebetulan pula bos tidak datang, kita pun bersuka-suka dan tidak serius dalam bekerja. Ada juga yang buat kerja alai-balai kerana tidak suka pada majikan.

Kerja Sebagai Ibadah
Jadikanlah Allah sebagai 'majikan' tertinggi, maka kita akan jujur dalam menjalankan tugas.
Apabila niat bekerja kerana Allah, disulami dengan keikhlasan, kesungguhan dan istiqamah, mudah-mudahan setiap pergerakan kita bermula dari kita keluar rumah, semasa di tempat kerja sehinggalah perjalanan pulang ke rumah dikira sebagai ibadah di sisi Allah.
Ganjaran di dunia dan kemuliaan di akhirat itulah yang harus kita genggam sebagai matlamat dalam kerjaya. Firman Allah SWT,
"Maka apabila telah ditunaikan solat, bertebaranlah kamu di muka bumi dan carilah kurnia (rezeki) Allah dan ingatlah akan Allah sebanyak-banyaknya, mudah-mudahan kamu berjaya." (al-Jumu'ah: 10)
Apabila niat bekerja kerana Allah, disulami dengan keikhlasan, kesungguhan dan istiqamah, mudah-mudahan setiap pergerakan kita bermula dari kita keluar rumah, semasa di tempat kerja sehinggalah perjalanan pulang ke rumah dikira sebagai ibadah di sisi Allah.

Mar 21, 2013

CIRI-CIRI WANITA SOLEHAN...

Mungkin kita tidak pernah tahu bagaimana cara untuk menjadi wanita terbaik di dunia dan akhirat....dalam Islam telah mengariskan panduan untuk menjadi seorang wanita solehan....mari kita selidikinya.....

Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t.
Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat iaitu :
1. Taat kepada Allah dan Rasul-Nya
2. Taat kepada suami
Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut :
1. Taat kepada Allah dan Rasul-Nya
Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ?
- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa
- Berbuat baik kepada ibu & bapa
- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
- Bersikap baik terhadap tetangga
2. Taat kepada suami
- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah
- Tidak bermasam muka di hadapan suami
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga
Faktor Yang Merendahkan Martabat Wanita
Sebenarnya puncak rendahnya martabat wanita adalah dari faktor dalaman. Bukanlah faktor luaran atau yang berbentuk material sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita.
Faktor-faktor tersebut ialah:
1) Lupa mengingat Allah.
Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan kegiatan luar atau memelihara anak-anak, maka tidak hairanlah jika banyak wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingat Allah. Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya.
Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: ertinya:
" Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya."
Sabda Rasulullah s.a.w.: ertinya:
"Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan." (Riwayat Tarmizi)
Mengingati Allah s.w.t. bukan saja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu.
2) Mudah tertipu dengan keindahan dunia.
Keindahan dunia dan kemewahannya memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya. Bukan itu saja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda. Tidak sedikit yang sanggup durhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana kenikmatan dunia yang terlalu sedikit.
Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An'am: ertinya:
" Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir."
3) Mudah terpedaya dengan syahwat.
4) Lemah iman.
5) Bersikap suka menunjuk-nunjuk.
Sesungguhnya dunia ini adalah perhiasan; perhiasan dunia yang terbaik adalah wanita yang solehah.



Assalamualaikum

hai permulaan blog